bersama teman-teman seperjuangan.....

bersama teman-teman seperjuangan.....

Monday, January 23, 2012

Merenung Sejenak Peranan Pemuda Islam


Alangkah besarnya peranan remaja dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan belia, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang-ulang.
Marilah kita sama-sama merujuk kepada sejarah Islam..
Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…
Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?
Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?
Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?
Siapakah yang menjadi sandaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya… bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?
Siapakah golongan digelar ‘as sabiqun’ dalam sejarah Islam..? Siapakah generasi terbaik di kalangan umat manusia? Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud;
“sebaik baik manusia adalah yang sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka yang hidup sezaman dengan generasi tabien”
(hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenanjung tanah arab..? Siapakah yang menewaskan empayar Parsi dan Rom..?
Siapakah yang berjuang menentang aliran-aliran memusuhi Islam dan menyekutukan Allah..?

Wahai Para Remaja!!!

Rujuklah sejarah. bacalah buku-buku sejarah… kalian akan dapati contoh-contoh dan qudwah sejati remaja muslim.

No comments:

Post a Comment