bersama teman-teman seperjuangan.....

bersama teman-teman seperjuangan.....

Monday, June 4, 2012

Bilal bin Rabah

                           Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah s.w.t berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di mukabumi ini.

Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seoran wanita berkulit hitam. Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar.

Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar.

Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya. Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya, namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal di pukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing, bagi tuannya Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing.

Bila abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja, abangnya telah dijual sebagai hamba di yaman, namun nasib abangnya agak baik kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya tetapi tidak mempunyai anak, lalu dijadikannya Sahib anak angkat mereka.

Ibunya meninggalkan dunia akibat kerinduan yang teramat sangat kerana berpisah dengan anaknya Sahib dan akibat selalu dipukul dengan teruk oleh tuannya. Selepas ibunya meninggal, ayahnya pula turut meninggal dunia kerana sakit tenat.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada tuan yang baru, iaitu Umaiyah Bin khalaf. Walaupun Bilal seorang hamba yang rajin, jujur dan amat mematuhi suruhan tuannya, tetapi bila Umaiyah mendapat tahu Bilal telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal tanpa belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan tunduk dan mengikut kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh bunga-bunga iman. Dia beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. Bagi dirinya dunia dan segala isinya sudah tidak bererti lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.

Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian dia diarak keliling Kota Mekah. Selepas itu Bilal dijemur di atas pasir ditengah panasnya bahang matahari, dia diseksa dan tidak diberikan makanan dan minuman. Ketika matahari berada tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin bertambah.

Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama Tuhan mereka al-Latta dan al-Uzza, Bila tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah “Allah,Allah, Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad ..”

Berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu Abu Bakar pun pergilah menemui menemui Umaiyah untukmembeli dan menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas. Umaiyah berkata, jika Abu Bakar meminta untuk dikurangkan harga Bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup menjualnya, lalu Abu Bakar berkata lagi, jika Umaiyah meletakkan harga Bilal sehingga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya! Bagi Abu Bakar, Bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya. Bila kisah ini diceritakan oleh Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w pun terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan Bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan menggunakan wangnya sendiri! Inilah kisah pengorbanan, kasih sayang, perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan yang indah di zaman rasulullah s.a.w!

Dari seorang hamba abdi, Bilal diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan kegigihannya mempertahankan kalimah Allah, kalimah iman yang amat disayanginya. Dia dilantik menjadi tukang azan Rasulullah s.a.w sehingga laungan azannya bergema 5 kali sehari diseluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit yang 7 lalu bergema di Arasyh Rabbul Jalil. Seluruh para malaikat di langit menanti-nantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari. Ada satu cerita seorang yang dengki dan irihati dengan Bilal telah membodek rasulullah s.a.w untuk menggantikan Bilal untuk melaungkan azan, tetapi malangnya azan itu dilaungkan secara tidak ikhlas sehingga suara azan tidak bergema seperti selalu dilaungkan oleh Bilal di langit lalu malaikat pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hal itu.

Bilal menyertai semua peperangan dijalan Allah di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kewafatan Nabi s.a.w, memberikan kesan yang cukup mendalam bagi Bilal, betapa sayangnya Bilal pada Rasulullah s.a.w tidak dapat digambarkan dengan kata-kata! Sehinggakan Bilal tidak mampu melaungkan azan lagi, kerana bila tiba pada perkataan Muhammad itu, hatinya terus sebak dan air matanya terus mengalir! Selepas itu Bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w, bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak mampu!!!

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Bilal memohon untuk pergi berperang, tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar dengan alasan beliau masih memerlukan khidmat Bilal di Madinah. Mungkin Abu Bakar sudah dapat membaca isi hati Bilal yang sangat merindui mati syahid untuk bertemu dengan orang yang sangat dicintainya iaitu Muhammad s.a.w! Ini adalah kerana kewafatan baginda merupakan satu kehilangan yang besar bagi Bilal.

Sekali lagi pada zaman Khalifah Umar, Bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menentang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar. Kesempatan itu digunakan oleh Bilal secukupnya , beliau telah membawa isterinya turut sama berperang bersama tentera islam sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis! Namun apa yang diharapkan Bilal tidak dimakbulkan Tuhan lagi.

Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan, namun beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga pernah memujuk Bilal, tetapi Bilal tetap menolak.

Kata Saidina Umar :
“Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah s.a.w? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagai gantinya”,

lalu jawab Bilal :
“Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka. Berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membebaskan kami dari perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya. Kemudian Rasulullah s.a.w melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah s.a.w juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal dengan nada yang sedih dan hiba.

Selepas itu Bilal berpindah ke Syam, penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak lalu mereka pun memulaukan Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya berpindah ke Damsyik setelah penduduk Syam memarahinya. Bila akhirnya wafat pada tahun 20 Hijrah / 641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63 tahun.

Saturday, April 21, 2012

Pengakap Malaysia















Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik. Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.

Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.

Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji.

Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri.

Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.

Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.




Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.

Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.

Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.

Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931.

Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia.

Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura F.C. Sands

1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman

1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff

1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker

1926 Perak I.R. Wheeler

1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone

1926 Selangor Ameen Akbar

1928 Johor

1927 Terengganu A.J. Gracle

1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong

Sunday, March 11, 2012

iktibar dan pengajaran buat kita

 
p/s: gambar sekadar hiasan..............


10 KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK

  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Hargai pendapat satu sama lain.
        Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat- minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  • Belajar daripada satu sama lain.
  • Jangan mengata di belakang kawan anda.

Perjuangan Serikandi Islam Teras Pemerkasaan Sahsiah

Yakin kepada ALLAH:
·         Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya
·         Zinnirah merupakan seorang wanita berbangsa Rom
·         Beliau pernah dijual dan telah dibeli oleh Umar Al Khattab untuk dijadikan hamba sebelum memasuki Islam.
·         Pada awal keIslaman zinnirah, beliau melakukan amalan amalan Islam secara sembunyi supaya tidak diketahui oleh tuannya iaitu Umar Al Khattab yang ketika itu amat benci kepada orang Islam dan Rasulullah.
·         Zinnirah diseksa dan didera oleh tuannya setelah Umar tahu tentang keIslaman Zinnirah.
·         Beliau pernah disepak,ditendang,dan dijemur ditengah panas supaya beliau kembali keagama asal.
·         Dengan adanya kesabaran yang tinggi dalam diri, beliau tetap tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini demi mendapat kesenagan diakhirat kelak.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam
kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.
Akhirnya , Allah memberi karmah kepadanya.  Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.
. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.
Teks syarahan agama 2010.

Tajuk       :: Masjid Membina Keunggulan Ummah
Peringkat :: Daerah (Johan), Negeri (Naib Johan)


           Assalamualaikum w.b.t.Terima kasih saudara pengacara, para hakim yang cendekia, penjaga masa yang setia, seterusnya hadirin umat Muhammad semua.

            Pada pagi yang penuh barakah ini, saya tampil ke pentas bagi menyampaikan syarahan yang bermauduk “Pengimarahan Masjid Membina Keunggulan Ummah”.  Secara konseptualnya, frasa pengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid dengan pelbagai kegiatan berfaedah. Masjid pula, menurut Fatwa Lajnadah Imah ialah tempat yang disediakan untuk dilaksanakan atau ditunaikan solat lima waktu secara berjamaah di dalamnya. Sementara frasa “membina keunggulan ummah” dapat saya konsepkan sebagai membangunkan masyarakat atau komuniti Muslim yang lebih baik, cekap dan ulung. Keunggulan ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek, terutamanya dari segi kerohanian, sosial, pendidikan dan ekonomi umat. Maka secara tuntasnya, tajuk syarahan saya pada hari ini dapat takrifkan sebagai proses menjalankan aktivti menghidupkan masjid dalam kalangan masyarakat mampu meningkatkan ketinggian mutu umat Islam seluruhnya.

            Maka melalui syarahan saya pada pagi yang berkat ini, saya akan menghuraikan bagaimana keunggulan umat dapat dicapai menerusi pelbagai aktiviti yang berfaedah yang dijalankan di masjid oleh muslimin dan muslimat.

Sidang hadirin paksi umat,
            Ayuh, hayatilah mandala fikir saya yang pertama : masjid pemangkin rohani umat. Tujuan utama pembinaan masjid adalah sebagai tempat beribadat. Maka, hendaklah kita menghidupkan masjid dengan ibadat yang sesuai dengan maqasid atau tujuan utama pembinaan masjid. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nur, ayat 36 :

Maksudnya : Di rumah-rumah (Allah) itu, diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya.

Ayat ini menjelaskan masjid perlu dipenuhi dengan aktiviti – aktiviti ibadah. Maka janganlah kita jadikan masjid yang indah dan mahal ini hanya untuk berbangga atau sebagai pusat pelancongan sahaja, tetapi imarahkanlah masjid-masjid ini dengan aktiviti – aktiviti ibadat dengan sebaik-baiknya. Maka, ayuhlah kita memastikan masjid kita diimarahkan mengikut maqasid pembinaanya yang utama.

Hadirin warga dewan yang cendekia,
            Beralih kepada bicara minda saya yang kedua : masjid pemangkin perkembangan ilmu. Sejak awal perkembangan Islam lagi, Rasulullah s.a.w telah menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan dakwah. Masjid Nabawi ialah pusat ibadat, juga pusat pengajian Islam terunggul pada waktu itu. Pada zaman khalifah Ja’far al-Mansur pula, masjid Jami’ al-Mansur menjadi pusat pengajian ilmu Islam. Bahkan, Universiti al-Azhar sendiri berkembang daripada sebuah masjid. Firman Allah dalam surah al-Mujadalah, ayat 11:

Maksudnya : Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu daripada kalangan kamu dengan beberapa darjat.

Namun kini kita dapati banyak masjid yang hanya didirikan solat berjamaah, tetapi tidak diimarahkan dengan pengisian ilmu kepada ahli jamaah. Lebih menyedihkan ada masjid lengang seusai sahaja bulan Ramadan. Maka, seharusnya kita kembali menjadikan masjid sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat kerana apabila masyarakat kita kaya dengan ilmu, keunggulan ummah akan jelas kelihatan.

Hadirin sidang kemasyarakatan;
            Seterusnya beralih kepada mandala fikir saya yang ketiga; masjid sebagai sebagai pusat sosial masyarakat. Masjid bukan tempat ibadat khusus semata-mata, bahkan sebagai pusat kegiatan masayarakat. Aktiviti kemasyarakatan seperti walimatul urus, pusat kaunseling, tempat penginapan musafir dan lain-lain perlu diwujudkan di seluruh masjid. Jika diimbau sirah, masjid telah dijadikan pusat pentadbiran, syura dan strategi dakwah. Allah telah berfirman dalam surah al-Tawbah, ayat 18:

Maksudnya : Orang yang layak mengimarahkan (yakni menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah.

            Masalah pandangan bahawa masjid hanya semata-mata sebagai tempat beribadat khusus dapat dikikis sekiranya semua masjid di negara ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti yang terdapat di masjid Jamek Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Di masjid tersebut ditempatkan klinik, tadika, rumah musafir, pusat seni khat, dan pelbagai kemudahan untuk keperluan masyarakat setempat. Natijahnya, masjid ini sentiasa menjadi pusat kegiatan sosial masyarakat sekitarnya. Jelaslah apabila masjid dijadikan sebagai pusat kegiatan sosial, masjid dapat membina masyarakat dan sosial yang unggul.


Sidang dewan sekalian,
            Seterusnya wacana minda saya yang keempat, “Masjid pemangkin penyatuan ummah’. Perpaduan ialah elemen terpenting dalam menjana ummah gemilang. Pembinaan masjid Quba dan Masji d Nabawi di Madinah oleh Rasulullah membuktikan bahawa dengan wujudnya masjid, masyarakat akan dapat berkumpul dan bertanya khabar, menjadikan ukhuwah Islamiah dapat dijalinkan dengan lebih erat. Hal ini seterusnya memangkin keunggulan ummah. Hal ini selari dengan perintah Allah seperti yang terkandung dalam surah Ali Imran, ayat 103:


Maksudnya: Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama Islam) dan jangan kamu bercerai berai...”

            Malangnya kini ada pihak yang menjadikan masjid sebagai tempat menyebarkan fitnah dan menimbulkan sengketa sesama umat. Jika hal ini berterussan sudah pasti keunggulan umat Islam akan pecah berderai. Sewajarnya kita perlulah menghayati dan mengimarahkan masjid dengan aktiviti yang mampu membina perpaduan sesama kita agar keunggulan umat terus terpelihara.
Teks Syarahan Agama
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal 2012
(Muhammad Aidil Aiman bin Zabidi)

Ketokohan Sahabat Rasulullah Model Insan Bestari


Cetusan barakah buat peneraju acara, saf kehakiman intelektual berkarisma, sidang hadirin yang berwibawa,  Assalamualaikum w.b.t dan salam bahagia…

                Sebelum kata membuka  bicara , meneroka minda membuka mata untuk kita sama-sama berkongsi  cerita dan fakta dibawah tajuk syarahan saya pada hari ini ‘Ketokohan Sahabat Rasulullah Model  Insan Bestari’.
 Secara konseptualnya, frasa ini membawa maksud akhlak dan ketokohan yang ada pada sahabat –sahabat Rasulullah adalah merupakan  model yang terbaik untuk dicontohi  dalam membentuk insan bestari  yang berguna untuk agama,masyarakat bangsa dan negara.  Firman Allah dalam Surah Ali `Imran: 110





Yang bemaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah,  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 

               
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Ketokohan sahabat Rasulullah juga dapat melahirkan insan yang dermawan. Sikap dermawan juga amat penting kepada manusia bagi membantu insan yang memerlukan.
                Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah yang merupakan seorang yang kaya raya tapi pemurah dan dermawan. Pada suatu hari, Thalhah duduk termenung sedih memikirkan hartanya yang banyak sehingga memeningkan kepala. Isterinya yang berada disisi menasihatkannya untuk mendermakan kepada fakir miskin. Sifat pemurah yang berada dalam diri Thalhah membuatkan  beliau mendermakan seluruh hartanya kepada fakir-fakir miskin tanpa meninggalkan sedikitpun hartanya. Sifat yang beginilah yang harus ada dalam diri setiap manusia untuk menambahkan amal kebajikan kita didunia. Sabda Rasulullah  S.A.W :


Yang bermaksud: ‘ apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimafaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.’

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,
Ketokohan  sahabat Rasulullah juga mampu melahirkan insan yang sentiasa ikhlas dan amanah. Fenomena pada hari ini menunjukkan bahawa perbuatan-perbuatan seperti pecah amanah, rasuah,fitnah  dan lain-lain lagi,semakin membarah dalam jiwa umat Islam. Bagi mengurangkan perbuatan-perbuatan begini,umat Islam pada masa kini harus mencontohi sifat Abu Ubaidah bin Jarrah yang merupakan seorang pemegang amanat umat dan Rasulullah. Rasulullah saw pernah bersabda:


 maksudnya, "Setiap umat mempunyai sumber kepercayaan, sumber kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah."
 Itulah penghargaan bintang mahaputra yang diterima oleh Abu Ubaidah dari Rasulullah saw.



Warga dewan yang dikasihi sekalian,
                Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka yang berani,hebat dan sanggup bejuang bermati-matian untuk islam antara yang hebat itu adalah Ikramah bin Abu Jahal.Kalau dahulu hidup dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang habis-habisan mempertahankan kalimah tauhid Islam. Ketika peperangan Yarmuk,  tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan dengan berani dan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang walaupun Ikramah sendiri yang terkorban.
Lihatlah hadirin dan hadirat sekalian,ketokohan sahabat Rasulullah dapat melahirkan seorang pejuang  yang berani yang benar-benar memperjuangkan Islam . Lantas dapat melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa. Firman Allah dalam surah Al- Imran ayat 102:




“wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”








Ikhwanul muslimin rahimakumullah,

Ketokohan sahabat Rasulullah juga mampu melahirkan insan yang bertanggunjawab. Sifat sebegini perlu ada dalam setiap diri umat Islam bagi mengukuhkan lagi perjuangan Islam pada masa kini.

 Membuka lipatan sejarah, bagaimana Ja’far bin Abu Thalib yang bertanggungjawab sebagai orang kedua untuk membawa bendera Islam ketika memerangi tentera Romawi di Muktah. Selepas Zaid bin Haritsah gugur, digantikan pula dengan Ja’far. Ketika beliau sedang menyerang musuh,  tentera musuh telah mengayunkan pedang ke tangan kanannya yang sedang memegang bendera, kemudian dialihnya pula bendera ke tangan kirinya. Pihak musuh juga berjaya mencederakan tangan kirinya dan akhirnya beliau telah ditikam dan gugur syahid demi mengangkat maruah Islam. Demikianlah pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat dalam memperjuangkan Islam.



Hadirin yang dikasihi sekalian,
Konklusinya, ketokohan sahabat Rasulullah model insan bestari dapat dicapai dengan lima perkara:

1.       Dermawan
2.       Ihklas dan amanah
3.       Berani
4.       Bertanggungjawab


Akhir kata saya melabuhkan tirai syarahan saya dengan renungan kata-kata Luqmanul Hakim kepada anak yang disayanginya.
Dunia ini ibarat lautan,
Ramai yang karam didalamnya,
Belayarlah-belayarlah keimanan dan ketaqwaan,
Mudah-mudahan kamu sampai ke seberang.



p/s: panduan untuk sesiapa yang terlibat dalam pertandingan syarahan agama....