Perjuangan Serikandi Islam Teras Pemerkasaan Sahsiah
Yakin kepada ALLAH:
· Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya
· Zinnirah merupakan seorang wanita berbangsa Rom
· Beliau pernah dijual dan telah dibeli oleh Umar Al Khattab untuk dijadikan hamba sebelum memasuki Islam.
· Pada awal keIslaman zinnirah, beliau melakukan amalan amalan Islam secara sembunyi supaya tidak diketahui oleh tuannya iaitu Umar Al Khattab yang ketika itu amat benci kepada orang Islam dan Rasulullah.
· Zinnirah diseksa dan didera oleh tuannya setelah Umar tahu tentang keIslaman Zinnirah.
· Beliau pernah disepak,ditendang,dan dijemur ditengah panas supaya beliau kembali keagama asal.
· Dengan adanya kesabaran yang tinggi dalam diri, beliau tetap tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini demi mendapat kesenagan diakhirat kelak.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam
kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.
Akhirnya , Allah memberi karmah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.
. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.
aii sumayyah tadak ka ? dorm alia tuue weyy.. haha
ReplyDelete