bersama teman-teman seperjuangan.....

bersama teman-teman seperjuangan.....

Sunday, March 11, 2012

iktibar dan pengajaran buat kita

 
p/s: gambar sekadar hiasan..............


10 KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK

  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Hargai pendapat satu sama lain.
        Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat- minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  • Belajar daripada satu sama lain.
  • Jangan mengata di belakang kawan anda.

Perjuangan Serikandi Islam Teras Pemerkasaan Sahsiah

Yakin kepada ALLAH:
·         Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya
·         Zinnirah merupakan seorang wanita berbangsa Rom
·         Beliau pernah dijual dan telah dibeli oleh Umar Al Khattab untuk dijadikan hamba sebelum memasuki Islam.
·         Pada awal keIslaman zinnirah, beliau melakukan amalan amalan Islam secara sembunyi supaya tidak diketahui oleh tuannya iaitu Umar Al Khattab yang ketika itu amat benci kepada orang Islam dan Rasulullah.
·         Zinnirah diseksa dan didera oleh tuannya setelah Umar tahu tentang keIslaman Zinnirah.
·         Beliau pernah disepak,ditendang,dan dijemur ditengah panas supaya beliau kembali keagama asal.
·         Dengan adanya kesabaran yang tinggi dalam diri, beliau tetap tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini demi mendapat kesenagan diakhirat kelak.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam
kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.
Akhirnya , Allah memberi karmah kepadanya.  Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.
. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.
Teks syarahan agama 2010.

Tajuk       :: Masjid Membina Keunggulan Ummah
Peringkat :: Daerah (Johan), Negeri (Naib Johan)


           Assalamualaikum w.b.t.Terima kasih saudara pengacara, para hakim yang cendekia, penjaga masa yang setia, seterusnya hadirin umat Muhammad semua.

            Pada pagi yang penuh barakah ini, saya tampil ke pentas bagi menyampaikan syarahan yang bermauduk “Pengimarahan Masjid Membina Keunggulan Ummah”.  Secara konseptualnya, frasa pengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid dengan pelbagai kegiatan berfaedah. Masjid pula, menurut Fatwa Lajnadah Imah ialah tempat yang disediakan untuk dilaksanakan atau ditunaikan solat lima waktu secara berjamaah di dalamnya. Sementara frasa “membina keunggulan ummah” dapat saya konsepkan sebagai membangunkan masyarakat atau komuniti Muslim yang lebih baik, cekap dan ulung. Keunggulan ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek, terutamanya dari segi kerohanian, sosial, pendidikan dan ekonomi umat. Maka secara tuntasnya, tajuk syarahan saya pada hari ini dapat takrifkan sebagai proses menjalankan aktivti menghidupkan masjid dalam kalangan masyarakat mampu meningkatkan ketinggian mutu umat Islam seluruhnya.

            Maka melalui syarahan saya pada pagi yang berkat ini, saya akan menghuraikan bagaimana keunggulan umat dapat dicapai menerusi pelbagai aktiviti yang berfaedah yang dijalankan di masjid oleh muslimin dan muslimat.

Sidang hadirin paksi umat,
            Ayuh, hayatilah mandala fikir saya yang pertama : masjid pemangkin rohani umat. Tujuan utama pembinaan masjid adalah sebagai tempat beribadat. Maka, hendaklah kita menghidupkan masjid dengan ibadat yang sesuai dengan maqasid atau tujuan utama pembinaan masjid. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nur, ayat 36 :

Maksudnya : Di rumah-rumah (Allah) itu, diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya.

Ayat ini menjelaskan masjid perlu dipenuhi dengan aktiviti – aktiviti ibadah. Maka janganlah kita jadikan masjid yang indah dan mahal ini hanya untuk berbangga atau sebagai pusat pelancongan sahaja, tetapi imarahkanlah masjid-masjid ini dengan aktiviti – aktiviti ibadat dengan sebaik-baiknya. Maka, ayuhlah kita memastikan masjid kita diimarahkan mengikut maqasid pembinaanya yang utama.

Hadirin warga dewan yang cendekia,
            Beralih kepada bicara minda saya yang kedua : masjid pemangkin perkembangan ilmu. Sejak awal perkembangan Islam lagi, Rasulullah s.a.w telah menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan dakwah. Masjid Nabawi ialah pusat ibadat, juga pusat pengajian Islam terunggul pada waktu itu. Pada zaman khalifah Ja’far al-Mansur pula, masjid Jami’ al-Mansur menjadi pusat pengajian ilmu Islam. Bahkan, Universiti al-Azhar sendiri berkembang daripada sebuah masjid. Firman Allah dalam surah al-Mujadalah, ayat 11:

Maksudnya : Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu daripada kalangan kamu dengan beberapa darjat.

Namun kini kita dapati banyak masjid yang hanya didirikan solat berjamaah, tetapi tidak diimarahkan dengan pengisian ilmu kepada ahli jamaah. Lebih menyedihkan ada masjid lengang seusai sahaja bulan Ramadan. Maka, seharusnya kita kembali menjadikan masjid sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat kerana apabila masyarakat kita kaya dengan ilmu, keunggulan ummah akan jelas kelihatan.

Hadirin sidang kemasyarakatan;
            Seterusnya beralih kepada mandala fikir saya yang ketiga; masjid sebagai sebagai pusat sosial masyarakat. Masjid bukan tempat ibadat khusus semata-mata, bahkan sebagai pusat kegiatan masayarakat. Aktiviti kemasyarakatan seperti walimatul urus, pusat kaunseling, tempat penginapan musafir dan lain-lain perlu diwujudkan di seluruh masjid. Jika diimbau sirah, masjid telah dijadikan pusat pentadbiran, syura dan strategi dakwah. Allah telah berfirman dalam surah al-Tawbah, ayat 18:

Maksudnya : Orang yang layak mengimarahkan (yakni menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah.

            Masalah pandangan bahawa masjid hanya semata-mata sebagai tempat beribadat khusus dapat dikikis sekiranya semua masjid di negara ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti yang terdapat di masjid Jamek Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Di masjid tersebut ditempatkan klinik, tadika, rumah musafir, pusat seni khat, dan pelbagai kemudahan untuk keperluan masyarakat setempat. Natijahnya, masjid ini sentiasa menjadi pusat kegiatan sosial masyarakat sekitarnya. Jelaslah apabila masjid dijadikan sebagai pusat kegiatan sosial, masjid dapat membina masyarakat dan sosial yang unggul.


Sidang dewan sekalian,
            Seterusnya wacana minda saya yang keempat, “Masjid pemangkin penyatuan ummah’. Perpaduan ialah elemen terpenting dalam menjana ummah gemilang. Pembinaan masjid Quba dan Masji d Nabawi di Madinah oleh Rasulullah membuktikan bahawa dengan wujudnya masjid, masyarakat akan dapat berkumpul dan bertanya khabar, menjadikan ukhuwah Islamiah dapat dijalinkan dengan lebih erat. Hal ini seterusnya memangkin keunggulan ummah. Hal ini selari dengan perintah Allah seperti yang terkandung dalam surah Ali Imran, ayat 103:


Maksudnya: Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama Islam) dan jangan kamu bercerai berai...”

            Malangnya kini ada pihak yang menjadikan masjid sebagai tempat menyebarkan fitnah dan menimbulkan sengketa sesama umat. Jika hal ini berterussan sudah pasti keunggulan umat Islam akan pecah berderai. Sewajarnya kita perlulah menghayati dan mengimarahkan masjid dengan aktiviti yang mampu membina perpaduan sesama kita agar keunggulan umat terus terpelihara.
Teks Syarahan Agama
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal 2012
(Muhammad Aidil Aiman bin Zabidi)

Ketokohan Sahabat Rasulullah Model Insan Bestari


Cetusan barakah buat peneraju acara, saf kehakiman intelektual berkarisma, sidang hadirin yang berwibawa,  Assalamualaikum w.b.t dan salam bahagia…

                Sebelum kata membuka  bicara , meneroka minda membuka mata untuk kita sama-sama berkongsi  cerita dan fakta dibawah tajuk syarahan saya pada hari ini ‘Ketokohan Sahabat Rasulullah Model  Insan Bestari’.
 Secara konseptualnya, frasa ini membawa maksud akhlak dan ketokohan yang ada pada sahabat –sahabat Rasulullah adalah merupakan  model yang terbaik untuk dicontohi  dalam membentuk insan bestari  yang berguna untuk agama,masyarakat bangsa dan negara.  Firman Allah dalam Surah Ali `Imran: 110





Yang bemaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah,  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 

               
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Ketokohan sahabat Rasulullah juga dapat melahirkan insan yang dermawan. Sikap dermawan juga amat penting kepada manusia bagi membantu insan yang memerlukan.
                Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah yang merupakan seorang yang kaya raya tapi pemurah dan dermawan. Pada suatu hari, Thalhah duduk termenung sedih memikirkan hartanya yang banyak sehingga memeningkan kepala. Isterinya yang berada disisi menasihatkannya untuk mendermakan kepada fakir miskin. Sifat pemurah yang berada dalam diri Thalhah membuatkan  beliau mendermakan seluruh hartanya kepada fakir-fakir miskin tanpa meninggalkan sedikitpun hartanya. Sifat yang beginilah yang harus ada dalam diri setiap manusia untuk menambahkan amal kebajikan kita didunia. Sabda Rasulullah  S.A.W :


Yang bermaksud: ‘ apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimafaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.’

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,
Ketokohan  sahabat Rasulullah juga mampu melahirkan insan yang sentiasa ikhlas dan amanah. Fenomena pada hari ini menunjukkan bahawa perbuatan-perbuatan seperti pecah amanah, rasuah,fitnah  dan lain-lain lagi,semakin membarah dalam jiwa umat Islam. Bagi mengurangkan perbuatan-perbuatan begini,umat Islam pada masa kini harus mencontohi sifat Abu Ubaidah bin Jarrah yang merupakan seorang pemegang amanat umat dan Rasulullah. Rasulullah saw pernah bersabda:


 maksudnya, "Setiap umat mempunyai sumber kepercayaan, sumber kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah."
 Itulah penghargaan bintang mahaputra yang diterima oleh Abu Ubaidah dari Rasulullah saw.



Warga dewan yang dikasihi sekalian,
                Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka yang berani,hebat dan sanggup bejuang bermati-matian untuk islam antara yang hebat itu adalah Ikramah bin Abu Jahal.Kalau dahulu hidup dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang habis-habisan mempertahankan kalimah tauhid Islam. Ketika peperangan Yarmuk,  tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan dengan berani dan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang walaupun Ikramah sendiri yang terkorban.
Lihatlah hadirin dan hadirat sekalian,ketokohan sahabat Rasulullah dapat melahirkan seorang pejuang  yang berani yang benar-benar memperjuangkan Islam . Lantas dapat melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa. Firman Allah dalam surah Al- Imran ayat 102:




“wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”








Ikhwanul muslimin rahimakumullah,

Ketokohan sahabat Rasulullah juga mampu melahirkan insan yang bertanggunjawab. Sifat sebegini perlu ada dalam setiap diri umat Islam bagi mengukuhkan lagi perjuangan Islam pada masa kini.

 Membuka lipatan sejarah, bagaimana Ja’far bin Abu Thalib yang bertanggungjawab sebagai orang kedua untuk membawa bendera Islam ketika memerangi tentera Romawi di Muktah. Selepas Zaid bin Haritsah gugur, digantikan pula dengan Ja’far. Ketika beliau sedang menyerang musuh,  tentera musuh telah mengayunkan pedang ke tangan kanannya yang sedang memegang bendera, kemudian dialihnya pula bendera ke tangan kirinya. Pihak musuh juga berjaya mencederakan tangan kirinya dan akhirnya beliau telah ditikam dan gugur syahid demi mengangkat maruah Islam. Demikianlah pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat dalam memperjuangkan Islam.



Hadirin yang dikasihi sekalian,
Konklusinya, ketokohan sahabat Rasulullah model insan bestari dapat dicapai dengan lima perkara:

1.       Dermawan
2.       Ihklas dan amanah
3.       Berani
4.       Bertanggungjawab


Akhir kata saya melabuhkan tirai syarahan saya dengan renungan kata-kata Luqmanul Hakim kepada anak yang disayanginya.
Dunia ini ibarat lautan,
Ramai yang karam didalamnya,
Belayarlah-belayarlah keimanan dan ketaqwaan,
Mudah-mudahan kamu sampai ke seberang.



p/s: panduan untuk sesiapa yang terlibat dalam pertandingan syarahan agama....